- Terletak lebih kurang 160 km dari Muscat
- Lebih senang sekiranya ada kenderaan sendiri (i.e. kereta sewa) kalau dari Muscat kerana kekerapan bas awam yang rendah dalam sehari
- Dibuka kepada pengunjung dari hari Sabtu hingga Khamis antara pukul 8 pagi hingga 6 petang, dan pada hari Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari jam 1.30 petang hingga 6 petang
- Bayaran masuk untuk lokal Omani adalah OMR 2 (OMR 1 untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun). Bagi pelancong pula, bayaran OMR 5 untuk dewasa dan OMR 3 untuk kanak-kanak
Nizwa Fort dibina pada tahun 1650-an oleh Imam Sultan Bin Saif Al Ya'rubi, walaupun struktur dasarnya berasal dari abad ke-12. Ia adalah monumen nasional yang paling kerap dikunjungi di Oman.
Kubu ini pada suatu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan bagi para Imam dan Wali yang memimpin pada masa damai mahupun konflik.
Sebahagian besar kubu ini mengambil masa sekitar 12 tahun untuk disiapkan dan ia dibina di atas sungai bawah tanah. Kubu ini merupakan peringatan kuat tentang kepentingan kota Nizwa yang melalui zaman bergolak dan telah terpahat dalam sejarah Oman.
Kubu ini telah menjadi benteng kuat dalam menahan serangan pihak-pihak yang ingin menguasai kekayaan alam semula jadi Nizwa dan lokasi strategiknya di persimpangan jalan yang penting.
Tempat parking yang luas dan banyak serta tidak berbayar |
- Terletak hanya bersebelahan dengan Nizwa Fort
- Bayaran masuk ke Nizwa Souq adalah PERCUMA
- Souq (pasar) ini merupakan salah satu souq tertua di Oman
Pasar yang luas ini dikhaskan untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ikan, yang kesemuanya ditempatkan di blok-blok yang terpisah di bahagian belakang Nizwa Fort.
Sebahagian daripada souq ini (yang berdekatan dengan kubu) telah dikhaskan untuk penjualan kraftangan dan khusus untuk tarikan pelancong.
Anda harus tawar-menawar dengan bersungguh-sungguh untuk membeli barangan antik dan perak yang dijual di sini. Harga yang mahal adalah disebabkan seni pertukangan tempatan yang tidak dinafikan sememangnya berkualiti baik.
Nizwa sangat terkenal dengan pembuatan khanjar perak (keris melengkung tradisional). Harga pula sekitar OMR 50 hingga lebih OMR 500 bagi yang asli. Beberapa tahun kebelakangan ini, tukang perak India atau Pakistan seringkali diambil untuk bekerja di bawah tukang mahir Oman.
No comments:
Post a Comment