15 Disember 2019.
Posting aku yang lepas (Part 2 - Road Trip from Muscat to Nizwa), aku ada cerita pasal Google Maps dan Maps.me tipu aku. Dan menyebabkan aku tak dapat ke Jebel Shams pada hari pertama di Oman. Ni sambungan dia.
Kena tipu oleh Google Maps tu ada hikmahnya... aku accidentally jumpa this archaeological site, tinggalan zaman purba yang telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai “array fossilised bronze age landscape”, acting like a time-capsule for the BCE era.
|
Al Ayn’s Beehive Tombs |
Archaeological site ni sebenarnya telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site sejak tahun 1988 lagi. Tourists banyak tak aware, dan locals pun couldn’t be bothered nampaknya. Abandoned tombs ni hanya berdiri di atas bukit tu tanpa diganggu-gugat oleh tangan-tangan manusia (ada la kot kadang-kadang archaeologists datang buat kajian?) Takda orang yang jaga pun tempat ni. Tu yang best tu, so aku bebas explore 😆.
|
Beehive Tombs in Al Ayn |
Nak sampai ke tombs ni memang a bit tricky. Dok ulang-alik cari jalan nak masuk dgn kereta, rupa-rupanya kena parking tepi jalan ja. Pastu kena trekking lalu ladang kurma, lalu kebun sayur orang dan kena terjun dan memanjat tembok berpagar yang lebih tinggi daripada kepala aku. Seriously time ni aku rasa aku dah menceroboh tanah kebun orang, tapi dah itu satu-satunya jalan yg Maps.me tunjuk kat aku. Tombs tu pulak memang tersergam indah nun jauh di atas bukit di depan mata aku, memang itu saja la jalan yang ada untuk aku lalu...
|
Dari kejauhan boleh nampak kebun sayur dan ladang kurma yang aku terpaksa redahi dari tempat aku parking kereta. |
Kat Malaysia pun aku tak pernah buat kerja gila mcm ni. Terjun tembok tinggi tu, nasib baik tak patah kaki 😥
|
Tembok panjang melintang tu lah yang aku terpaksa panjat dan terjun. Selepas redah kebun-kebun. Ketinggian dia lebih daripada kepala aku tau. Nasib baik ada laki aku tolong sambut haha. |
Bukit tu tengok ja macam dekat, tapi sebenarnya jauh... Letih tidur dalam bas tak habis lagi, letih driving beratus km tak habis lagi, perut pun hanya beralaskan sandwich saja, ni nak kena memanjat bukit pula tengah hari rembang. Memang cukup menyeksakan.
|
Mendaki menuju ke Beehive Tombs |
|
Jauhnya... dengan panas lagi. Batu-batu tu pulak seolah-olah dok menarik kaki aku ke bawah semula setiap kali aku berusaha mendaki naik. Cis! |
Aku hampir give up kerana penat, dahaga, lapar, kepala otak tingtong. Tapi abandoned tombs di atas bukit tu seakan-akan memanggil-manggil. Tak boleh jadi ni. Maka ke atas bukit lah kita.
Tapi bila dah kat atas bukit, view dia, scenery dia... SubhanAllah... speechless... Angin pun sepoi-sepoi bahasa ja 😍.
No comments:
Post a Comment