W6 balcony hike is one of the most scenic hikes in Oman.
W6 Balcony hike mengambil masa lebih kurang 3 jam pergi dan balik. Di penghujung jalan ada As Sab abandoned village dan water pool yang sangat cangkat airnya masa aku pi. Tak berbaloi nak mandi pun.
Semasa trekking kena lah ikut tanda kuning-putih-merah yang dicat pada batu-batu besar supaya tak tersasar dari laluan. Tapi beberapa kali juga aku tersilap jalan pastu hairan sendiri kenapa begitu kompleks sampai nak kena lalu sipi-sipi tepi gaung dan kena terjun / panjat batu yang tinggi-tinggi. Mujur tak patah kaki 😰.
Seeloknya sampai pagi-pagi. Sebabnya aku sampai sini dah tengah hari, kabus dah tebal, so ambik gambar tak berapa nak cun pemandangannya. Dan untuk orang yang mudah rasa gayat dengan tempat tinggi, tempat ni mungkin tak berapa sesuai la kot hehe.
Kat sini, kambing-kambing gurun ni lah yang menjadi peneman setia dok trekking bersama-sama kami 😁.
Kat sini takda kedai runcit ke apa untuk beli makanan and minuman. Jadi, memang kena bawak bekal air dan roti sendiri. Make sure makan cukup sebelum trekking pergi dan balik.
Siapa yang kaki outdoor, kaki hiking, kalau datang Oman, this is a must place to visit ya! Cuma kena bear the expensive cost of having to rent the 4wd lah! But it's really worth it I tell you.
Dan di Jebel Shams ni memang banyak trail kalau nak try, cuma kena lah bermalam di sini baru la sempat nak trekking 2,3 trail kan. Untuk orang macam aku yang suka adventure, aku akan pilih wild camping instead of duduk resort yang mahal nak mampus itu. Cumanya kena bersedia lah dari segala segi sebab kat Oman ni memang takda campsite with facilities. So pacak je la khemah kat mana-mana yang suka. Pastu pandai-pandai la hidup...
Aku tak guarantee korang akan terselamat daripada binatang-binatang beracun seperti ular dan kala jengking.
Aku bawa je belerang (sulfur) ke mana saja aku pergi. Sangat paranoid kan. Hahaha.
No comments:
Post a Comment