Wednesday, May 20, 2020

Oman: Road Trip from Nizwa to Qurum Beach, Muscat

17 Disember 2019.


Pada hari ini aku bergerak pulang ke Muscat dari Nizwa untuk pulangkan 4wd dan ganti dengan Nissan Sunny pulak. Tak mampu aku nak sewa 4wd sepanjang berada di Oman. Dua kali ganda mahalnya. 
road trip
We switched drivers along the way as the highway tends to make me feel super duper sleeeeepy.
road trip
Sebelum gerak balik ke Muscat, kami pun ambik la gambar kenangan di rumah Zaki (Baca sini bagaimana aku boleh kenal dan bermalam di rumah Zaki ni: Oman Part 2 - Road Trip from Muscat to Nizwa). Rumah orang baik hati, yang offer kami tidur selama 2 malam dan masakkan makan malam lagi 😢.
Nizwa, Oman
Belakang rumah Zaki ada parit, airnya datang dari sungai apa tah nama, aku tak ingat. Tapi sangat jernih dan bersih air dia, dan banyak sangat ikan. Boleh masuk kaki buat ala-ala fish spa gitu haha. Kalau longkang kat Malaysia ni? Takyah tengok dalam town, tengok belakang rumah cukup. Penuh sampah, busuk, tersumbat dan tercemar. Memang susah nak educate masyarakat. Kadang-kadang yang educated pun sama naik dengan yang tak educated. Buang puntung rokok dalam longkang, buang sampah ke luar tingkap kereta. Ok, membebel plak 😂.
drain
Ni pulak view dari atap rumah Zaki. Kami panjat naik tangki air (Zaki yg suruh naik 😆).

Nizwa, Oman
rooftop
Perjalanan dari Nizwa mengambil masa lebih kurang 2 jam, dengan jarak 170 km. Lepas settle bayaran kereta sewa dekat area Azaiba Bus Station, aku pun start round sekitar Muscat. Aku ke Qurum Beach dulu.
Qurum Beach
Qurum Beach ni landmark dia adalah Crowne Plaza Hotel Muscat. Nama ja beach tapi takleh mandi-manda pun kat sini sebab arus kuat dan berbahaya. So aku lepak je tepi-tepi sini sambil buka bekal nasik dan sambal bilis Cik Nor sebagai mengalas perut. Modest sangat tau makan. Tak memilih. Hahaha.
Crowne Plaza Muscat
Selain Qurum Beach, sekitar sini yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Qurum Natural Park dan Qurum City Centre. Satu ja tak syok, aku rasa serabut bila driving area ni. Tak macam di Nizwa, tenang ja... Kat Muscat ni Ya Allah... susah hati aku bila masuk bandar.

Kelam-kabut masing-masing bawak kereta. Nak gi mana ntah.
Qurum Beach
Qurum Beach is the heart of modern Muscat.
So disebabkan aku serabut, aku tak lepak lama-lama pun kat Qurum Beach ni. Aku teruskan perjalanan ke... Sila baca next post. Haha.
Qurum Beach

Qurum Beach
Ok dah bahaya takleh nak swim, kita lepak kejap ja lah kat sini. Vamos!

No comments:

Post a Comment