14 Disember 2019.
Dari pagi sampai malam dah berjalan sana-sini berbelas-belas km di Dubai. Pukul 11 malam baru naik bas Mwasalat, kami bertolak dari Abu Hail Station ke Muscat, dalam 7 jam perjalanan termasuk 3 kali berhenti dekat Hatta Border UAE-Oman.
Driver bas orang Oman, garang gila dan sangat strict.
Dia lah driver, dia lah tukang check ticket, dia check visa, dia check passport ada cop exit UAE ke tak, dia check segala bagai masa dalam bas. Kami berdua ja dari Malaysia dalam bas tu dan tak pernah kena marah pun. Org lain habis semua kena marah, turun bas terhegeh-hegeh pun kena jerkah 🤭.
Dia lah driver, dia lah tukang check ticket, dia check visa, dia check passport ada cop exit UAE ke tak, dia check segala bagai masa dalam bas. Kami berdua ja dari Malaysia dalam bas tu dan tak pernah kena marah pun. Org lain habis semua kena marah, turun bas terhegeh-hegeh pun kena jerkah 🤭.
First, bas berhenti untuk cop exit UAE, semua orang kena turun dari bas dan bayar exit fee AED 35/person. Naik bas semula untuk ke next check point, Immigration Oman. Tapi sebelum sampai Immigration Oman tu, driver bas parking tepi jalan, dia suruh semua orang tunjuk passport kat dia, dia nak tengok ada cop exit UAE ke tak. Pastu dia nak tengok visa. Stress betul muka dia check satu-persatu. Orang yang tertidur pun kena marah. Ya la kalau sorang passenger sangkut / ada masalah visa ka apa, habis satu bas pun akan delay nanti.
Mwasalat Bus |
Lepas driver bas puas hati, dia pun drive menuju ke Immigration Oman. Ok ja everything smooth dengan Immigration. Print siap-siap e-visa dan kasi kat kaunter.
Then naik bas semula ke next check point, Kastam Oman. Semua bag kena bawak keluar dari bas. Kastam akan buka semua bag dan check. Lepas tu kena arrange semua bag passenger dlm keadaan beratur memanjang.
Hatta Border |
Time tu aku ingat ada anjing yang akan datang hidu (baca blog).
Tapi takda la pulak. Depa check thoroughly setiap pelusuk bas, kalau-kalau ada yang seludup apa-apa dalam bas tu. Dah puas hati, kami semua angkut beg masing-masing dan naik bas semula.
Dalam 3 jam gak la baru settle nak lepas semua check point dan baru boleh tidur dgn aman. Sampai Muscat dalam pukul 6 pagi, solat subuh, mandi dan salin baju kat Azaiba Bus Station, terus aku pi ambik kereta sewa dan mula drive meninggalkan Muscat utk ke Nizwa. Maka bermulalah hari baru, 15 Disember 2019, aku drive sebanyak 370 km sehingga ke malam, hiking (return) 1.4 km, trekking (return) + swimming 2.0 km. Ni baru first day di Oman. The previous day hanya tidoq dalam bas ja. Ada siapa-siapa yang teringin nak join next trip aku? 😝
Berhampiran Kastam Oman |
No comments:
Post a Comment