16 Disember 2019.
Wadi Ghul / Wadi An Nakhar is sometimes called as "The Grand Canyon of Arabia". It is located right beneath Jabal Shams, the highest mountain peak in Oman.
Dari Nizwa, drive lebih kurang 60 km melalui pekan Al Hamra dan menghala ke Riwaygh. Setibanya di Riwaygh, cari location seperti dalam peta di bawah untuk melihat abandoned village ruins of Riwaygh as-Safil in Necrosis Valley dari kejauhan.
Lokasi abandoned village ini letaknya semasa dalam perjalanan dari Al Hamra ke Jebel Shams. Jadi boleh lah singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan melalui jalan pergunungan yang agak berbahaya.
|
Wadi Ghul / Wadi An Nakhar abandoned village viewpoint |
Pada zaman dahulu, penduduk kampung yang tinggal di Wadi Ghul / Necrosis Valley ini hanya kerana kehadiran mereka diperlukan untuk bercucuk-tanam. Kemudiannya mereka telah berpindah ke kampung berdekatan yang lebih luas dan mudah akses kepada saliran pengairan bagi aktiviti bercucuk-tanam.
Maka rumah-rumah dan perkampungan tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja.
Dapat dilihat juga tinggalan watchtowers fort yang telah dibina lebih 100 tahun yang lampau, berderetan hingga ke atas bukit.
|
Nampak tak watchtowers fort memanjang sampai ke atas bukit tu? |
Dari Necrosis Valley viewpoint ni, disebabkan aku inginkan lebih cabaran, dengan menggunakan 4wd, aku drive masuk ke kampung bersebelahan (seperti dalam gambar), drive sepanjang 2 km sehingga dah tak boleh teruskan perjalanan lagi dah sebab air wadi yang tinggi. So parking kereta situ dan start trekking.
|
Start trekking |
Di sini kami terjumpa pula dengan rakan-rakan baru dari Malaysia dan kami explore Wadi Ghul bersama-sama. Siapa sangka nak jumpa orang Malaysia kat tempat macam ni. Kalau jumpa area Muscat tu memang tak hairan la sangat 😁.
|
Bersama-sama rakan-rakan baru dari Malaysia dan Germany |
Jalan nak masuk ke Wadi Ghul ni wajib dengan 4wd, on gravel road and go through wadi setakat mana yang mampu.
|
Permulaan jalan ke arah Wadi Ghul. Kena redah anak sungai dan loose gravel road ni memang mudah buat tayar tergelincir. |
Then continue trekking dan menikmati view dia yang sangat superb! Nak trekking, pakai water shoes or sandals. Sebab kena redah sungai sepanjang masa. Sport shoes yang serap air tak sesuai.
Dan kena berhati-hati semasa trekking sebab batu-batu ni memang licin. Aku dah jatuh terduduk kat sini. Hampeh.
|
Time ni baru jatuh la ni, tu yang duduk jap ambik nafas. |
|
Semasa trekking akan melalui rumah lama yang telah ditinggalkan |
I wouldn't have reached this amazing place if not because of Lara and her mom, Giselle. Lara memang co-pilot yang bagus. Senang hati aku drive ikut arahan dia. Semangat dia mark each location dalam map semata-mata nak sampai ke sini... Sebab tak boleh percaya sangat kat mana-mana Apps. Aku dah terkena. Hahaha. Tapi still kena tanya locals dan orang kampung juga.
Ada sebab Allah pertemukan kami dengan anak-beranak ni. (Baca sini macam mana kami kenal Lara dan Giselle: Oman Part 2 - Road Trip from Muscat to Nizwa). Kalau kami berdua ja mungkin awal lagi aku dah give up, takut nak merentas sungai dengan 4wd. Seram siot tayar dok tergelincir. Huhu.
Every time we stopped for taking photos, we asked ourselves how we could possibly describe the scenery – majestic, spectacular and mighty? It all sounded so trival!
No comments:
Post a Comment