Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira sekiranya ingin memandu sendiri ke Jebel Shams / Jabal Shams:
- Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Wadi Ghul abandoned village (33 km).
- Half of the journey from Wadi Ghul is on the asphalt road, another half will be an unpaved, dirt and muddy road.
Asphalt road heading to Jebel Shams |
Start driving on the dirt road |
- Only 4wd can make it to the summit, no 2wd can ever pass through because of the condition of the road itself - bumpy, muddy, zigzag, sharp curves, you name it. Unless you want to risk yourself and your car being broken down.
Penampakan kambing gurun di sini memang biasa. Sangat banyak makhluk ni kat puncak Jebel Shams. |
- Tak sesuai memandu di malam hari kerana jalan tiada lampu, banyak lubang dan sukar nak jumpa perumahan di sepanjang jalan. So sekiranya sampai puncak dah hampir malam, dinasihatkan untuk tidur di atas sana sahaja dan bertolak pulang keesokan harinya.
- Isi minyak penuh siap-siap semasa di pekan Al Hamra kerana tiada stesen minyak di puncak.
- Hanya ada beberapa penginapan / hotel di puncak Jebel Shams antaranya Jebel Shams Resort dan Sama Heights Resort tetapi harganya mahal.
- Ada banyak camping spot, so boleh wild camping sesuka hati (tapi tiada campsite facilities macam di Europe ya!). Bawa bekalan air minum yang mencukupi, peralatan memasak dan lain-lain camping gears.
Depan tu Jebel Shams Viewpoint. Tapi time ni kabus tebal so tak nampak apa. Boleh wild camping kat situ, ada tapak yang luas untuk pacak khemah dan parking kereta. |
- Bekalan air kalau nak tadah kat masjid, personally aku tak advise sebab orang-orang kampung kat atas ni pun dapat bekalan air bersih daripada lori yang dok hantar ke atas ni secara berkala. Takkan kita nak berebut dengan depa juga kan. So beli sendiri kat pekan Al Hamra siap-siap.
- Suhu di malam hari sangat sejuk, boleh mencecah 0 darjah Celsius. Locals cakap even kat atas ni pernah turun salji. So bawak hot pad yang mencukupi, thermal shirt, etc. untuk mengatasi sejuk melampau sekiranya nak wild camping. Kalau tak, tidur dalam kereta je la jawabnya.
Scenery that can be seen on the way drive up to Jebel Shams. Each miles passed by, the landscape became more and more stunning and scenic.
Masa kat atas puncak, kami jalan pi ke kampung berdekatan tanya orang kat mana masjid / surau sebab nak tumpang solat jap.
Dah hampir sampai ke Al Khitaym village |
Tunjuk bilik air dia yang serba kekurangan untuk kami berwudhuk, dan bentangkan sejadah. So aku pun ambik giliran dengan laki aku bersolat dalam rumah dia yang kecil dan comel itu.
Mata dia klip pop klip pop dok teliti kami bersolat 😁. Dah sudah tu, dia jamu minum kopi dan tamar yang semangga tu ja dia ada. Dia pun tak reti English, kami pun tak reti Bahasa Arab. Somehow boleh la sembang setakat mana yang faham 😊.
Aku pulak tertinggal segala beg duit dalam kereta. Kalau tak memang nak hulur sikit mana yang mampu kat pakcik ni. Memang terlupa terus, kereta pulak parking jauh.
Memang la dia tak minta apa-apa balasan, tapi layanan yang baik dan anggap kami sebagai tetamu kat rumah dia yang serba kekurangan tu pun dah cukup untuk buat hati aku tersentuh. Daif-daif pakcik ni pun ada senapang weh untuk dia pi berburu. Walaupun dah berumur, Allah kurniakan kesihatan yang baik lagi kat dia. Moga Allah sentiasa merahmati pakcik ni.
No comments:
Post a Comment