15 Disember 2019.
Jujurnya aku buntu buat itinerary Oman. Dah la plan last minute, info tempat-tempat yang aku nak pi tak banyak dalam internet (siapa yang kenal aku tau la aku ni lebih suka explore kampung dan pedalaman). Google Maps lak banyak tipu aku. Akibatnya bila dah sampai Oman, itinerary dan plan asal aku tu memang tak boleh pakai langsung. Setiap hari yang berlalu hanya bertawakkal kepada Allah - apa peristiwa yang bakal ditempuhi, kat mana akan tidur bermalam, siapa yang bakal aku jumpa, etc. Aku taktau nak fikir apa dan hanya bersangka baik kepada Allah. Ternyata kali ni punya travel aku gagal dalam merancang seperti sebelum-sebelum ni. Sememangnya perancangan Allah itu yang lebih indah.
|
On the way from Muscat to Nizwa |
Sebenarnya hari pertama dan kedua aku plan nak camping atas pergunungan (Al Hajar Mountains, the highest mountain range in the eastern Arabian Peninsula). Aku bawak camping gear yang aku ada sumbat dalam luggage, semangat nak camping punya pasal. Tapi kat Oman ni kena wild camping, memang takda la campsite facilities macam kat Europe tu. Segala risiko pandai-pandai tanggung sendiri. Maka hari pertama aku drive la dari Muscat ke Nizwa (156 km). Sampai Nizwa, aku round sekitar Nizwa Fort & Souk, isi perut dan bertenang dulu sebelum drive further up to the mountains another 87 km.
|
Pintu gerbang menandakan sudah sampai ke Nizwa |
Diringkaskan cerita masa di Nizwa, ada seorang hamba Allah ni, kini dah jadi kawan baru aku - Zaki, offer untuk tidur di rumah dia 2 mlm. Siap bwk aku dan husband aku pi rumah dia dan tunjuk bilik segala bagai. Bilik tu ada 3 katil single dan 1 double-decker, with private bathroom. Set comforter AKEMI tau. Aku macam serba-salah lak. Tidur dlm khemah berlantaikan batu-batu kecil vs tidur atas katil dengan selimut empuk dalam bilik yang lengkap dengan aircond dan toilet? Tapi keinginan nak camping atas gunung tu terlalu membuak-buak. Aku pun explain kat dia, tengok la macam mana, aku drive naik ke Jabal Shams dulu (masa tu dah tengah hari), kalau masa mengizinkan untuk aku sempat balik ke Nizwa, aku tidur rumah dia. Kalau tak, aku camping kat atas ja la. Dia ok ja, tak kisah pun.
|
Time ni baru sampai Nizwa. Tengok depa ni tengah bakar satay, so sebab lapar sangat beli la beberapa cucuk. Satu cucuk harga dia 200 Baisa (RM 2.20) |
Tapi Allah halang keinginan aku. Sebelum nak sampai ke Jabal Shams, aku sempat singgah ke 2 tempat ni. Hiking, trekking dan swimming. Tempat ni tourists pun taktau sangat, even locals pun tak berapa familiar(next post aku cerita pasal kedua-dua tempat ni).
Tapi Google Maps & Maps.me tipu aku.
Aku dah drive sebanyak 121 km dari Nizwa untuk sampai ke kedua-dua tempat cantik tu, rupa-rupanya dari situ takda jalan nak ke Jabal Shams. Google Maps bagi harapan palsu yang aku hanya perlu drive lagi 50 km ja untuk sampai ke Jabal Shams tapi sebenarnya tidak! Memang takda jalan nak merentas gunung-ganang tu dengan kereta dari situ. Itupun aku terpaksa berhenti banyak kali tanya jalan kat orang kampung. Aku perlu patah balik jalan yang sama (121 km) dan drive another 208 km sebenarnya untuk sampai ke Jabal Shams. Memang tak sempat laaaa. Penipu punya Google. So aku pun drive la semula ke Nizwa dan bermalam di rumah Zaki. Sampai rumah dia pun dah malam.
|
Penat weiii driving. Laki aku co-pilot ja waktu ni. |
Tapi semua ni ada hikmahnya. Aku difahamkan suhu di atas pergunungan tu waktu malamnya terlalu sejuk, dan boleh mencapai 0 darjah Celsius. Aku memang tak bawa kelengkapan yang cukup untuk berhadapan dengan cuaca sejuk melampau datang Oman ni. Dan ada la lagi beberapa faktor lain yang aku tak terfikir langsung. Pendek kata, aku tak bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi kalau camping kat atas. Tambahan pula aku memang terlalu letih fizikal, dengan hanya tidur dalamm bas sahaja malam sebelum tu dari Dubai, drive lama, tambah dengan hiking, swimming dan trekking kat kedua-dua tempat tadi tu lagi.
|
Jauh perjalanan... |
Alhamdulillah dapat tidur yang proper kat rumah Zaki. Kalau tidur dalam khemah dengan suhu sejuk gila macam tu, mungkin the next day badan aku tak ready nak buat aktiviti lasak pula. Dan aku dapat bersilaturrahim dgn kawan-kawan baru - Zaki (the Omani host), Lara & Giselle (mother and daughter from Germany) yang kebetulan Zaki ajak stay kat rumah dia juga. Zaki siap suruh pembantu dia masakkan nasi dan gulai daging (cara depa la) untuk kami makan. What more could I ask for?
Allah sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik. Ni baru hari pertama di Oman, hari-hari yang mendatang di Oman banyak lagi peristiwa yang berlaku. Pengalaman di Oman ni memang unik dan lain macam sikit berbanding negara lain aku pernah pi.
|
4wd yang paling murah aku boleh afford. Oman ni mahai sungguh la. |
Hello, nak tanya. Google map tak dapat pergi al hajar Mountain dan misfal al abriyen keh?? Macam mana u dapat sampai? I nak pergi oman next year. Boleh minta u ajaran tak.
ReplyDelete