Wednesday, May 27, 2020

Oman: Yiti Beach

Yiti Beach ni hanya ada pantai, laut dan tanah lapang. Tu ja. Orang takda sangat. Takda penjaja-penjaja yang menjual makanan. Takda toilet. Takda entrance fee dan parking lah secara bebas kat mana pun nak parking kereta.
Yiti Beach, Oman
Yiti Beach, Oman
Yiti Beach, Oman
Jaraknya dari Muscat kira-kira 40 km. Yiti Beach ni agak terpencil dan kurang terkenal kalau kat Oman ni. Sesuai la kan untuk orang yang tak suka crowded, boleh datang sini relax.
Yiti Beach, Oman
Yiti Beach, Oman
One of the camping and barbecue spot tapi kalau time angin kuat tu memang boleh terbang habis khemah dan peralatan BBQ 🤭. Tanah keras ni sengaja diratakan bagi lapang sebagai langkah untuk menarik pengunjung untuk datang menikmati pantai dan laut bergelora sambil picnic bersama keluarga.
Yiti Beach, Oman
Yiti Beach, Oman
Ombak bergulung-gulung menghempas pantai dengan ganas sekali. Kau jangan sekali-kali berangan nak mandi kat sini 🤭.
Yiti Beach, Oman
Pemandangan biasa yang akan dilihat sepanjang driving ke Yiti Beach dari Muscat. Keldai dan unta-unta yang berjalan-jalan di tepi (kadang-kadang depa ni akan melintas di tengah-tengah) jalan raya mencari makanan. Tak pasti la ada tuan ke tak.
Oman

Wednesday, May 20, 2020

Oman: Road Trip from Nizwa to Qurum Beach, Muscat

17 Disember 2019.


Pada hari ini aku bergerak pulang ke Muscat dari Nizwa untuk pulangkan 4wd dan ganti dengan Nissan Sunny pulak. Tak mampu aku nak sewa 4wd sepanjang berada di Oman. Dua kali ganda mahalnya. 
road trip
We switched drivers along the way as the highway tends to make me feel super duper sleeeeepy.
road trip
Sebelum gerak balik ke Muscat, kami pun ambik la gambar kenangan di rumah Zaki (Baca sini bagaimana aku boleh kenal dan bermalam di rumah Zaki ni: Oman Part 2 - Road Trip from Muscat to Nizwa). Rumah orang baik hati, yang offer kami tidur selama 2 malam dan masakkan makan malam lagi 😢.
Nizwa, Oman
Belakang rumah Zaki ada parit, airnya datang dari sungai apa tah nama, aku tak ingat. Tapi sangat jernih dan bersih air dia, dan banyak sangat ikan. Boleh masuk kaki buat ala-ala fish spa gitu haha. Kalau longkang kat Malaysia ni? Takyah tengok dalam town, tengok belakang rumah cukup. Penuh sampah, busuk, tersumbat dan tercemar. Memang susah nak educate masyarakat. Kadang-kadang yang educated pun sama naik dengan yang tak educated. Buang puntung rokok dalam longkang, buang sampah ke luar tingkap kereta. Ok, membebel plak 😂.
drain
Ni pulak view dari atap rumah Zaki. Kami panjat naik tangki air (Zaki yg suruh naik 😆).

Nizwa, Oman
rooftop
Perjalanan dari Nizwa mengambil masa lebih kurang 2 jam, dengan jarak 170 km. Lepas settle bayaran kereta sewa dekat area Azaiba Bus Station, aku pun start round sekitar Muscat. Aku ke Qurum Beach dulu.
Qurum Beach
Qurum Beach ni landmark dia adalah Crowne Plaza Hotel Muscat. Nama ja beach tapi takleh mandi-manda pun kat sini sebab arus kuat dan berbahaya. So aku lepak je tepi-tepi sini sambil buka bekal nasik dan sambal bilis Cik Nor sebagai mengalas perut. Modest sangat tau makan. Tak memilih. Hahaha.
Crowne Plaza Muscat
Selain Qurum Beach, sekitar sini yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Qurum Natural Park dan Qurum City Centre. Satu ja tak syok, aku rasa serabut bila driving area ni. Tak macam di Nizwa, tenang ja... Kat Muscat ni Ya Allah... susah hati aku bila masuk bandar.

Kelam-kabut masing-masing bawak kereta. Nak gi mana ntah.
Qurum Beach
Qurum Beach is the heart of modern Muscat.
So disebabkan aku serabut, aku tak lepak lama-lama pun kat Qurum Beach ni. Aku teruskan perjalanan ke... Sila baca next post. Haha.
Qurum Beach

Qurum Beach
Ok dah bahaya takleh nak swim, kita lepak kejap ja lah kat sini. Vamos!

Tuesday, May 19, 2020

Oman: Road Trip Day 2 (180 km) - Nizwa, Al Hamra, Wadi Ghul, W6 Balcony Walk, Jebel Shams

Day 2 (16 December 2019) road-tripping in Oman.

The journey started from Nizwa towards Al Hamra, then to Wadi Ghul and Al Khitaym, Jebel Shams, and back to Nizwa. Total driving was  approximately 180 km.

Most of the time there's no other people in sight. We hiked, we trekked and we roamed freely. And that's what I love about Oman ❤.

Watch my Road Trip Vlog Day 2 in Oman below:

Monday, May 18, 2020

The Arabian Grand Canyon, Oman: W6 Balcony Hike Walk, Jebel Shams

W6 balcony hike is one of the most scenic hikes in Oman.

Jebel Shams

Jebel Shams
W6 Balcony hike mengambil masa lebih kurang 3 jam pergi dan balik. Di penghujung jalan ada As Sab abandoned village dan water pool yang sangat cangkat airnya masa aku pi. Tak berbaloi nak mandi pun.
Jabal Shams
Semasa trekking kena lah ikut tanda kuning-putih-merah yang dicat pada batu-batu besar supaya tak tersasar dari laluan. Tapi beberapa kali juga aku tersilap jalan pastu hairan sendiri kenapa begitu kompleks sampai nak kena lalu sipi-sipi tepi gaung dan kena terjun / panjat batu yang tinggi-tinggi. Mujur tak patah kaki 😰.
Jabal Shams
Seeloknya sampai pagi-pagi. Sebabnya aku sampai sini dah tengah hari, kabus dah tebal, so ambik gambar tak berapa nak cun pemandangannya. Dan untuk orang yang mudah rasa gayat dengan tempat tinggi, tempat ni mungkin tak berapa sesuai la kot hehe.
Jabal Shams
Jabal Shams
Kat sini, kambing-kambing gurun ni lah yang menjadi peneman setia dok trekking bersama-sama kami 😁.
Jebel Shams
Kat sini takda kedai runcit ke apa untuk beli makanan and minuman. Jadi, memang kena bawak bekal air dan roti sendiri. Make sure makan cukup sebelum trekking pergi dan balik.
Jebel Shams
Siapa yang kaki outdoor, kaki hiking, kalau datang Oman, this is a must place to visit ya! Cuma kena bear the expensive cost of having to rent the 4wd lah! But it's really worth it I tell you.
Jebel Shams
Dan di Jebel Shams ni memang banyak trail kalau nak try, cuma kena lah bermalam di sini baru la sempat nak trekking 2,3 trail kan. Untuk orang macam aku yang suka adventure, aku akan pilih wild camping instead of duduk resort yang mahal nak mampus itu. Cumanya kena bersedia lah dari segala segi sebab kat Oman ni memang takda campsite with facilities. So pacak je la khemah kat mana-mana yang suka. Pastu pandai-pandai la hidup...
Jebel Shams
Aku tak guarantee korang akan terselamat daripada binatang-binatang beracun seperti ular dan kala jengking.

Aku bawa je belerang (sulfur) ke mana saja aku pergi. Sangat paranoid kan. Hahaha.
Jebel Shams
This is a very beautiful part of the world and the views over the grand canyon are spectacular.
Jebel Shams
Jebel Shams

Sunday, May 17, 2020

Oman: Driving the Mountain Road to Jebel Shams

Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira sekiranya ingin memandu sendiri ke Jebel Shams / Jabal Shams:
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Wadi Ghul abandoned village (33 km).
  • Half of the journey from Wadi Ghul is on the asphalt road, another half will be an unpaved, dirt and muddy road.
Jebel Shams
Asphalt road heading to Jebel Shams
Jebel Shams
Start driving on the dirt road
  • Only 4wd can make it to the summit, no 2wd can ever pass through because of the condition of the road itself - bumpy, muddy, zigzag, sharp curves, you name it. Unless you want to risk yourself and your car being broken down.
Jabal Shams
Penampakan kambing gurun di sini memang biasa. Sangat banyak makhluk ni kat puncak Jebel Shams.
Jebel Shams
  • Tak sesuai memandu di malam hari kerana jalan tiada lampu, banyak lubang dan sukar nak jumpa perumahan di sepanjang jalan. So sekiranya sampai puncak dah hampir malam, dinasihatkan untuk tidur di atas sana sahaja dan bertolak pulang keesokan harinya.
  • Isi minyak penuh siap-siap semasa di pekan Al Hamra kerana tiada stesen minyak di puncak.
Jebel Shams
  • Hanya ada beberapa penginapan / hotel di puncak Jebel Shams antaranya Jebel Shams Resort dan Sama Heights Resort tetapi harganya mahal.
  • Ada banyak camping spot, so boleh wild camping sesuka hati (tapi tiada campsite facilities macam di Europe ya!). Bawa bekalan air minum yang mencukupi, peralatan memasak dan lain-lain camping gears.
Jebel Shams
Depan tu Jebel Shams Viewpoint. Tapi time ni kabus tebal so tak nampak apa. Boleh wild camping kat situ, ada tapak yang luas untuk pacak khemah dan parking kereta.
  • Bekalan air kalau nak tadah kat masjid, personally aku tak advise sebab orang-orang kampung kat atas ni pun dapat bekalan air bersih daripada lori yang dok hantar ke atas ni secara berkala. Takkan kita nak berebut dengan depa juga kan. So beli sendiri kat pekan Al Hamra siap-siap.
    Jabal Shams
  • Suhu di malam hari sangat sejuk, boleh mencecah 0 darjah Celsius. Locals cakap even kat atas ni pernah turun salji. So bawak hot pad yang mencukupi, thermal shirt, etc. untuk mengatasi sejuk melampau sekiranya nak wild camping. Kalau tak, tidur dalam kereta je la jawabnya.
Scenery that can be seen on the way drive up to Jebel Shams. Each miles passed by, the landscape became more and more stunning and scenic.
Jabal Shams
Jabal Shams
Masa kat atas puncak, kami jalan pi ke kampung berdekatan tanya orang kat mana masjid / surau sebab nak tumpang solat jap.
Al Khitaym
Dah hampir sampai ke Al Khitaym village 
Ada seorang pakcik tua ni bawak kami pi ke rumah dia untuk solat.

Tunjuk bilik air dia yang serba kekurangan untuk kami berwudhuk, dan bentangkan sejadah. So aku pun ambik giliran dengan laki aku bersolat dalam rumah dia yang kecil dan comel itu.
Pray
Mata dia klip pop klip pop dok teliti kami bersolat 😁. Dah sudah tu, dia jamu minum kopi dan tamar yang semangga tu ja dia ada. Dia pun tak reti English, kami pun tak reti Bahasa Arab. Somehow boleh la sembang setakat mana yang faham 😊.
Jebel Shams
Jabal Shams
Aku pulak tertinggal segala beg duit dalam kereta. Kalau tak memang nak hulur sikit mana yang mampu kat pakcik ni. Memang terlupa terus, kereta pulak parking jauh.

Memang la dia tak minta apa-apa balasan, tapi layanan yang baik dan anggap kami sebagai tetamu kat rumah dia yang serba kekurangan tu pun dah cukup untuk buat hati aku tersentuh. Daif-daif pakcik ni pun ada senapang weh untuk dia pi berburu. Walaupun dah berumur, Allah kurniakan kesihatan yang baik lagi kat dia. Moga Allah sentiasa merahmati pakcik ni.
Jabal Shams
Jebel Shams
Unexpected kindness is the most powerful, least costly and most underrated agent of human change.
Jebel Shams